Search This Blog

Tuesday, September 6, 2011

Persis Mutiara

Antara ribuan pasir
terlihat kilauan cahaya
menyinar dek mentari
terpaut mata menyangka kaca
tertanam antara butiran pasir
rebutan mata yang memandang
ingin dekati silau kaca ataukah mutiara
mendekati kilauan walaupun berpinar
semakin laju semakin jauh
semakin perlahan semakin dekat
bermain dengan teka teki
rasa diri bertuah kerana hampir semakin jauh
rasa diri celaka kerana jauh semakin hampir
kerana yang persis mutiara
bisa mengubah duniamu...

No comments:

Post a Comment