Search This Blog

Wednesday, September 7, 2011

Takdir Penentu Segala

Kakinya longlai menuju ke luar lapangan terbang Kota Kinabalu,Mira yang masa itu belum memiliki cahaya mata kini harus menemui keluarga suaminya.Satu adegan yang tidak terduga betapa besarnya kasih sayang seorang anak yang sulung pada ibunya,tanpa banyak bicara Kamil terus sahaja memeluk dan mencium ibunya,perasaan terharu dan bangga punya suami yang terlalu mencintai ibunya.Layanan dan wajah-wajah mereka masih jelas di ruangan mata mira,ibunya itu selalu menagis dan menjerit-jerit kerana tidak menyukai mira yang berasal dari sarawak,segala perkataan kesat dan sinis terkeluar dari mulut seorang ibu dan adik beradik suaminya dan yang lebih memeritkan lagi suaminya turut sama mencemuh dan mencaci isterinya mira.....
Mira tidak dapat berkata apa,hanya takdir penentu segala.Mira berusaha mengambil hati mereka,walaupun layanan dan wajah serta maruahnya sebagai muslimah ,isteri dan menantu diperlekehkan oleh mereka.Namun mira masih terus berdoa dan bersabar serta meminta petunjuk dari yang Esa. Hari Raya di rumah suaminya meriah sekali,mereka memakai baju serba cantik dan boleh makan apa sahaja tanpa ada yang melarang,keinginan mira memiliki baju baharu langsung tidak diendahkan oleh suaminya apatah lagi jika adik-beradiknya mendengar pasti tercetus lagi jeritan dan cemuhan pada Mira yang sebatang kara.Ketakutan itu sentiasa bermain-main di fikiran mira,mira sebenarnya bukan takutkan sesiapa cuma mahu menjaga hati suaminya yang belum tentu mencintainya seperti mira mencintai suaminya dengan sepenuh hati,segalanya sudah tertulis di dalam kitab lauhul Mahfuz,mira harus redha dengan gelaran perempuan mandul dan perempuan tua sampah yang tak berguna.Perjalanan mira masih jauh dan ini adalah salah satu dugaan yang Maha Esa,kesabaran harus dipupuk,fikir mira,sehinggalah satu hari kamil dipaksa oleh ibunya untuk menceraikan mira,kamil seolah bersetuju tanpa menunjukkan perasaan benci dan keinginannya yang tersembunyi,kamil berusaha menggantikan tempat mira sebagai seorang isteri kepada pembantu rumah  ,...seorang yang punya pekerjaan,punya keluarga dan yang boleh menampung perbelanjaan adik-beradik dan keluarganya,itulah syarat-syarat untuk mendekati kamil,apatah lagi Kamil seorang yang terlalu cintakan ibu,adik-beradiknya,memang dia punya sifat yang terpuji dan disayangi ramai,sehinggalah pada suatu hari petengkaran berlaku antara kamil dan Mira,Kamil mengherdik Mira supaya jangan meminta-minta wang belanja rumah kerana pada hati Kamil bertekad untuk  untuk membantu adiknya menyambung pelajaran''Jangan kau cuba ambik duit ni,ini semua milik adikku''tegas Kamil memarahi Mira,sedangkan masa tu mira hanya meminta ringgit malaysia seratus sahaja untuk membeli pakaian baru, mira tidak menyangka marahnya Kamil sehingga wajahnya merah seperti udang dibakar.Mira malu dan terus mendiamkan diri.Sehingga kini Mira tahu nafkahnya sebagai isteri selalu diabaikan oleh Kamil,Mira tetap bersabar,kerana Mira tahu segala hasil pendapatan Kamil sebulan pasti akan diserahkan dan dibahagi-bahagikan buat ibu,ayah dan adik-adiknya,sememangnya kamil anak yang baik.Awal-awal lagi Kamil sudah berpesan,kalau memberi wang ringgit memang dia tidak mampu tetapi kalau menumpang makan Kamil bersedia.Sabar dan mira terus bersabar.......

No comments:

Post a Comment