Search This Blog

Tuesday, October 25, 2011

Bunga Pantun

Bunga mawar bunga berduri
berwarna merah idaman hati
kalau bunga bertumbuh kembali
mekar kasih meranum di hati

batang selasih hamba lurutkan
buat wangian dara rupawan
sayang dan kasih hamba serahkan
buat teruna kekasih rupawan

jelita sungguh srikandi rupawan
wajahnya lembut menikam hati
kalau hati sudah tertawan
mengikat dua jiwa satu hati

burung punai burung nuri
buat sarang di pokok tinggi
untung hati dapat memberi
rugi kasih susah dicari

senyum manis menawan sukma
memikat hati tiada dilupa
bicara kasih sudah berbunga
melakar kasih bersama pena

Aku...dan kuih

Aku dibesarkan bersama kerisauan yang tidak bertepian,ke mana kaki melangkah,di mana orang memandang di situ aku berdiri  sambil suka memberi senyuman sendiri padahal tiada insan pun yang mahu memandang wajahku yang serba kekurangan ini,''Kuih-kuih laungku kepada orang ramai yang sedang asyik berlindung di istana masing-masing bersama keluarga mereka menikmati kasih sayang antara mereka,sedang aku hanya berdiri menikmati apa itu erti kasih sayang yang masih jauh langkahnya untuk kufahami,aku masih enggan berpayung walaupun panas terik rasanya melindung kepalaku yang sememangnya ketika itu rambutku berwarna coklat muda,aku memakai tudung di ketika itu,namun hanya ke sekolah,apa tidaknya kain tudung yang aku ada hanya sehelai,aku sayangkan tudungku,kalaupun aku menjual kuih setiap hari biarlah dengan baju kanak-kanak yang berwarna-warni dan senang aku pakai,tidak perlu baju cantik,asal bersih dan selesa.Selipar ku berwarna biru,sudah beberapa kali terputus ketika berlari bersama kuihku kerana di kejar anjing di kawasan perumahan,namun aku sayangkan selipar biru ku itu,bukan selalu aku boleh membeli selipar,apatah lagi pada hari raya,aku paksakan diriku supaya tidak menyusahkan orang tuaku,aku gagahi diri menyuruh mak membuatkan kuih-muih untuk dijual bila aku balik dari sekolah nanti,yang pasti kuihku pasti laku di beli,aku gembira kerana dapat menolong mak dan bapaku yang mempunyai bilangan anak yang ramai,walaupun aku anak ke lapan ,aku enggan duduk bermanja dengan berdiam diri tetapi aku bermanja dengan cuba membantu ibuku mendapatkan wang perbelanjaan dan keperluan dapur,fikirku.Umurku yang di ketika itu baru menjangkau 9 tahun,namun perasaanku cukup besar dan bersemangat menjajah kuih di bawah terik panas dan hujan,sambil bernyanyi-nyanyi riang semuanya kerana Allah,seingatku ustaz di kelasku berpesan selalu kepadaku ''Allah tidak memandang pada wajahmu,tetapi Allah memandang hati dan ketaqwaanmu kepadaNya..."lamunan ku tersentak bila kepalaku terhantuk di belakang lori kecil kepunyaan tauke cina yang suka membeli kuihku,''Amoi,apa kuih hari ini?..dengan senyuman tauke cina kepadaku....''banyak juga tauke,tapi paling saya suka kuih naga sari,tauke cubalah sikit dulu,sedapppppp Ohhhhhh...."pujiku sendiri kerana bangga dengan kuih mak ku yang menjadi idaman ramai..........
pagi itu wajahku comot ke sekolah,aku tidak cukup tidur dan rasa penat  terlalu mengurung diriku,sedangkan hari itu ustazah sudah berpesan ada kelas sembahyang berjemaah pada waktu zohor,pakaianku sahaja sudah tidak mengizinkan aku bersolat serta lututku yang terluka kerana terjatuh di kejar anjing ketika menjajah kuihku di kawasan perumahan kami,''keluar Aku,awak kotor''...herdik ustazah ,sambil aku merenung wajah ustazah Mona tepat kepada wajahnya yang bengis dan membenciku,''aku berkeras ingin mengikuti sembahyang berjemaah bersama kawan-kawanku namun ustazah Mona bertegas mengeluarkan aku dari kelas,hati aku sayu,resah dan menangis di dalam hati,aku sememangnya ingin bersujud berjemaah ..........
aku sebenarnya seorang anak yang keras hati,sangat susah mengeluarkan air mataku walaupun dicucuh dengan bara api rokok,lagipun wajahku itu mirip anak orang belanda,sehingga di satu hari aku terfikir kenapa aku disisihkan kerana wajahku dan kekerasan hatiku......
Bila sahaja melihat wajahku pasti orang mengeji dan mencaci ,''entah dari mana asal anak tu,...sudahlah ganjil,tak malu lagi bergaul dengan orang ....huhuhuuu''kedengaran jelas suara macik Timah menyindir aku cuma di tepi telinga,..

Thursday, October 20, 2011

Pantun .......

Bulan penuh indah cahaya
serinya memancar terang sekali
kalau indah bagai dikata
berilah kasih hanya sekali

Warkah usang di dalam peti
peti dikunci rapat-rapat
kasih yang lama usah dicari
yang baru sudah datang melompat

Puteri lapan bermain bunga
bunga sekuntum harum semerbak
sudah ditolak sudah dikira
hati yang satu tiada robek