Search This Blog

Monday, August 22, 2011

Aku sudah mahu mula menulis,aku baru bertatih,ku lembutkan jariku untuk cuba menulis sesuatu yang membawa manafaat buat diriku dan agamaku kerana Allah swt,penaku sentiasa menyindirku,lokek katanya aku,enggan berkongsi bakat yang kusimpan dari umurku 14 tahun lagi,apapun yang ingin kujauhi adalah dunia penulisan,aku khuatir penulisanku terbengkalai sekali lagi,....ingin ku jauhi penaku,namun aku curang pada diriku sendiri,mengapa aku harus menyorok di balik tirai kertas yang selalu ku coretkan  dan ku calitkan kisah suka dan duka kehidupan manusia biasa,aku juga seperti insan lain,punya keinginan untuk menghargai bakat anugerah yang tuhan kurniakan buatku....ya buatku seorang,maksudku setiap insan itu punya bakatnya yang berbeda namun andai aku lenyapkan anugerah Allah swt ini,....apakah aku ada peluang untuk kali kedua menyuarakan pena tanpa suara,hanya jemari ligat bermain-main madah yang lahirnya dari hati yang paling dalam.....

No comments:

Post a Comment